Dun Apas — 19 February 2011
Meninjau Jambatan Roboh di Kg Sungai Apas, Tawau

Tawfiq Titingan : Tengahari ahad meninjau Jambatan yang dihanyutkan air bah beberapa hari lalu di Kg Sg Apas,Tawau.

Jambatan tersebut merupakan hasil gotong royong warga kampung sendiri menggunakan papan dari pokok kelapa dan lain-lain bahan dari kampung. Hanyutnya Jambatan tersebut menyukarkan kanak-kanak yang berulang-alik pergi ke sekolah yang terletak diseberang sungai dan menyukarkan warga kampung yang ingin kekebun atau bertemu kaum-keluarga dikedua-dua seberang sungai tersebut.

Kejadian jambatan hanyut minggu lalu merupakan kejadian yang ke-4 atau ke-6 kalinya berlaku dikampung yang sama. Sebelum ini, Jambatan bernilai RM50k, RM75k dan beberapa jambatan sementara yang dibina sendiri warga kampung telah turut hanyut apabila air bah melanda sungai tersebut.

Sehubungan itu, selaku wakil rakyat DUN Apas , saya telah menghubungi Pengarah Jabatan Pembangunan Sabah (SDO) Tn Hj Matusin Sunsang mengenai perkara ini dan beliau telah meluluskan peruntukan kecemasan bernilai RM250,000 untuk membina jambatan yang lebih kukuh untuk manafaat warga kampung Sg Apas yang terlibat. Turut bersama saya dalam lawatan hari ini termasuklah PKR Apas Hj Naim Ahmat, Ketua Jurutera MPT William Cheang beserta Pemimpin-Pemimpin kampung sendiri. Jambatan baru akan bermula pembinaannya pada pertengahan bulan Mac selepas proses tender dan dijangka siap untuk digunakan pada awal bulan Mei 2011.

Sementara itu, saya amat teruja menyaksikan semangat serta permuafakatan warga kg sg apas yang secara sukarela membina kembali jambatan sementara untuk kemudahan anak-anak sekolah dan warga kampung berulang-alik keseberang sungai apas tersebut. Tanpa mengira tua,muda, wanita , mereka bersama-sama bergotong-royong selama 3 hari untuk membina jambatan sementara tersebut. Ini lah sikap yang boleh menjadi contoh kepada kampung-kampung lain dimana-mana sahaja…

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda