Dun Apas — 18 February 2011
PENYAMPAIAN PERUNTUKAN MP3 TAWAU
Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau pagi tadi, seterusnya menyampaikan peruntukan MP3 Tawau kepada peserta-peserta yang terpilih dari warga petani dan nelayan DUN Apas Dan DUN Balung.
Antara bentuk peruntukan yang disalurkan adalah pembekalan 10 enjin bot,2 mesin proses keropok lekor, 500 ekor anak itik, 1,000 ekor anak ayam kacukan, 3 ekor lembu tenusu,65 gulung plastik tanaman tembikai dll.
Adalah diharap dengan bimbingan agensi yang diamanahkan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Perikanan dan sebagainya, keluarga yang menerima peruntukan berupa barangan ini akan mampu membesarkan usaha mereka yang sedia-ada dan menjana pendapatan tambahan untuk kesejahteraan keluarga masing-masing.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda