Dun Apas — 20 February 2011
Program “LAO KI MAIE MADEPPUNGENG” Ladang Taiko, DUN Balung

Datuk Tawfiq menyertai program “LAO KI MAIE MADEPPUNGENG” atau maknanya ” Mari Kita Berkumpul-kumpul” anjuran Pergerakan Puteri UMNO cawangan Ladang Taiko dan Ladang Tundong dalam DUN Balung.

Kedua-dua cawangan ini merupakan dua cawangan yang paling ramai ahli puterinya, melebihi 100 orang kesemuanya. Dalam program santai termasuk perlawanan bolasepak antara kedua cawangan tersebut, Datuk mengambil kesempatan untuk memberi motivasi ahli-ahli pergerakan tersebut agar mereka memainkan peranan aktif masing-masing dalam Pembinaan Negara Malaysia yang bersatu-padu,aman-damai, stabil, maju serta sejahtera untuk semua rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan adat-resam.

Sehubungan itu, generasi muda harus bersedia untuk menggalas cabaran mewarisi kejayaan yang ada hari ini , mempertahankannya dan malahan meningkatkan lagi kecemerlangan tersebut dimasa akan datang….

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply