Dun Balung — 21 February 2011
Program Pemimpin Bersama Rakyat

KASIH SAYANG, AGAMA DAPAT HINDARI GEJALA SOSIAL

ABAS Tawau : 22 Feb 2011 Golongan ibu bapa diingatkan sentiasa memupuk perasaan kasih sayang serta menerapkan ajaran dan nilai-nilai budaya berunsur agama kepada anak-anak mereka bagi membendung gejala sosial negatif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata penerapan nilai-nilai kasih sayang serta ajaran agama dapat membendung golongan remaja dan belia terjebak dengan aktiviti kurang sihat.

Katanya, peranan ibu bapa dan masyarakat amat penting bagi membantu kerajaan menangani pelbagai kegiatan jenayah yang sering dikaitkan dengan golongan muda yang hilang pertimbangan. “Anak-anak merupakan aset penting negara dan mereka perlu diberikan kasih sayang sepenuhnya dengan memberikan mereka (anak-anak ) pendidikan agama di samping pendidikan akademik,” kata Abas.

Beliau menambah, golongan masyarakat tidak sepatutnya meminggirkan golongan belia dan remaja yang pernah terjebak dengan dadah sebaliknya menerima mereka dalam masyarakat dengan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan ajaran agama sebagai pemangkin karah pembentukan akhlak yang baik. “Selaku pemimpin masyarakat kita perlu membantu kerajaan membanteras gejala dadah ini dan dalam masa yang sama kita juga tidak sepatutnya meminggirkan mereka yang sudah kembali ke jalan yang benar,” kata Abas.

Beliau berkata demikian ketika Program Pemimpin Bersama Rakyat nnjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan Kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Tawau di Tawau di sini kelmarin. Hadir sama dalam majlis Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Mohd Aziz Marinsah, Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kasim, Wakil Polis Diraja Malaysia Daerah Tawau, ASP Muzapar Bin Mahadi, Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ismail Ahmad, Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Abdul Aziz Abdul Karim, Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Malai Fazlan Malai Mustapha, Penolong Pengarah Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan, Roy Nazwln Adillah Nabil, Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Emmy Liew Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Amrih Siatoh.serta pegawai-pegawai agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Abas Timbalan Ketua UMNO Tawau, berkata dengan penerapan nilai-nilai agama dan pemupukan kasih sayang bukan sahaja akan dapat membina akhlak golongan muda malah ianya boleh menyumbang ke arah membendung jenayah dan gejala sosial negatif. “Selaku masyarakat dan ibu bapa kita tidak seharusnya menuding jari kepada sesiapa sebaliknya kita hendaklah insaf dan bekerjasama membanteras pelbagai kegiatan jenayah di sekeliling kita,” kata Abas.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlulah sentiasa terus memupuk perasaan muhibah dan perpaduan di kalangan kaum serta saling hormat menghormati sesama kaum. Beliau turu menyarankan supaya kerjasama yang padu perlu ditingkatkan dengan jabatan-jabatan yang berkenaan dalam menjaga keselamatan negara, negeri dan kampung berada dalam keadaan aman dan makmur.

Tegas beliau peranan pemimpin masyarakat perlu dalam memainkan peranan dan memberikan kerjasama dengan jabatan yang berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk setempat seperti. masalah kad pengenalan, gejala sosial, penyalahan gunaan dadah, isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelbagai masalah lain. “Sebagai rakyat yang cintakan negara kita hendaklah terus memupuk perasaan muhibah dan perpaduan di kalangan kaum sebagai penjana utama ke arah kestabilan politik, keamanan serta kemakmuran hidup rakyat majmuk negara ini,” katanya.

Katanya, di samping itu rakyat perlulah mensyukuri nikmati pembangunan di kecapi hari ini dengan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang sentiasa prihatin membela nasib rakyat. Beliau menambah, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang di kecapi hari ini adalah hasil perjuangan para pemimpin terdahulu dan perlulah ianya dipertahankan demi kedaulatan bangsa, agama dan negara. “Berterima kasihlah kepada kerajaan dengan terus memupuk perasaan muhibah serta memberikan sokongan padu kepada apa pun program yang diberikan kerajaan.,” tambah Abas.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply