Dun Apas — 27 February 2011
Sambutan Maulidurrasul 2011 Kg Batu Payung

Tawfiq Titingan – Pagi ahad, menyertai lebih 2,000 warga Kg Batu Payung dalam Sambutan Maulidurrasul dengan berarak dari Taman Usba ke Masjid Nurul Hidayah. Sepanjang jalan, gema Selawat atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW memenuhi tepian pantai Batu Payung yang indah dan permai tersebut.
Di Masjid Nurul Hidayah, sambutan diteruskan dengan persembahan Nasyid, acara bergunting rambut 30 bayi dan khatam Al-Quran untuk 15 kanak-kanak Kg Batu Payung dan diakhiri dengan Kenduri Sekampung.
Tahniah warga Kg Batu Payung dan tahniah pihak penganjur Jiran Wanita KRT Batu Payung atas anjuran yang berjaya mendapat kerjasama warga kampung!

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply