Dun Balung — 22 February 2011
Syed Abas – Majlis Malam Mesra Pemimpin Bersama Rakyat

RELA MAMPU LAKSANA TUGAS BANTU ANGGOTA POLIS : ABAS
Tawau : 23 Feb 2011

Peranan Angkatan Relawan Negara (Rela) terus relevan sejak awal penubuhan hingga sekarang yang bukan saja menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan keamanan dan keselamatan masyarakat terus terpelihara, malah selepas peralihan zaman, kini fungsinya diperluaskan lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata Rela yang dianggotai ahli pelbagai kaum juga mempunyai kepakaran, peralatan dan kelengkapan untuk membolehkan mereka bergerak seperti anggota penguat kuasa lain dalam membanteras kemasukan pendatang tanpa izin.

Tambahnya, pengujudan Rela mampu untuk membantu anggota polis seperti menangani masalah vandalisma kalangan remaja yang terciri, membantu mengawal keselamatan kampung daripada penjenayah dan kecurian.

Jelas Abas masih ramai mempertikaikan pembabitan Rela membanteras pendatang, tanpa polis.

“Dalam hal ini, saya melihat mentaliti masyarakat masih memikirkan dengan ada polis saja, semua aktiviti itu boleh dilaksanakan dan tanggapan masyarakat perlu diubah,” ujar Abas lagi.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Malam Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Penerimaan Anggota Rela Baru Kampung Kinabutan Besar, Tawau 2011 di Dewan Serbaguna Kg. Hidayat, Tawau di sini semalam.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Rela Negeri Sabah, Darman Dabang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim, Pengerusi Penganjur, KAN Jelson Pg. Awang, Pengerusi Koperasi Balung Cocos Tawau, Haji Ophen Blank, pemimpin masyaraka dan penduduk kampung.

Menurut Abas yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Tawau menegaskan kepada anggota baru Rela supaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak menyalah guna kuasa yang diberikan.

Sehubungan itu beliau turut menyeru golongan belia agar melibatkan diri dengan unit beruniform seperti Rela.

Jelasnya beliau akan menumpukan program pembangunan terhadap belia-belia yang tidak berpersatuan yang lazimnya berhadapan dengan masalah gejala sosial berbanding mereka yang menganggotai persatuan-persatuan.

“Kita memikirkan bahawa kumpulan yang tidak menganggotai persatuan ini mungkin telah tersisih daripada perhatian kerajaan, kita akan alihkan tumpuan ini kepada mereka yang tidak berpersatuan,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata rasional di sebalik strategi ini ialah kerana selalunya belia-belia yang menganggotai persatuan kebanyakannya tidak menghadapi masalah seperti ketagihan dadah dan jarang berlaku kes-kes keruntuhan moral kerana mereka terbabit dengan aktiviti-aktiviti persatuan masing-masing.

Dalam majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan Adun RM15,000.00 untuk memperbaiki jalan kampung dan menasihati penduduk kampung agar menjaga infrastruktur yang ada di dalam kampung.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda