Dun Apas — 09 March 2011
Lawatan Kawasan Kebakaran Kg Titingan Blok 9
Pagi Rabu melawat kawasan kebakaran di Kg Titingan Blok 9 dimana sebanyak 88 buah rumah telah musnah dijilat api . Lawatan turut disertai Presiden MPT Ismail Mayakob dan Pegawai-Pegawai dari Bomba, Jabatan Tanah , Jabatan Kebajikan , PDRM dan lain-lain.
Semua 88 ketua keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan kewangan dan barangan makanan dari Kerajaan dan pihak swasta/individu. Mereka yang layak akan diberikan penempatan di Perumahan PPR Sri Apas, Bt 8 manakala yang memilih untuk membina semula rumah dikawasan kebakaran akan diberi pertimbangan sewajarnya dengan syarat-syarat tertentu bagi mengelakkan trajedi kebakaran berulang kembali.
Diucapkan terima kasih kepada pihak Bomba dan Polis yang menubuhkan Urusetia sementara di Balairaya Kg Titingan untuk memudahkan mangsa-mangsa kebakaran membuat Laporan Polis dan Laporan Kebakaran tanpa perlu pergi ke bandar .

Terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MPT yang membuka kaunter di Balairaya untuk tujuan penyenaraian mangsa dan bantuan lanjutan.

Petang ini jam 4 pm bertempat di Balairaya, akan diadakan acara penyampaian sumbangan RM700 dan barangan makanan kepada setiap 88 keluarga mangsa kebakaran yang terlibat…

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply