Dun Apas — 05 March 2011
Majlis “Kami Cinta Rasulullah SAW” Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Seramai lebih 300 orang hadir di Majlis Program “Kami Cinta Rasulullah SAW” anjuran Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Tawfiq Datuk SP Hj Abu Bakar Titingan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya, Tn Hj Ab Jamal Tun Hj Sakaran mengucapkan terima kasih kpd YB kerana sudi hadir dan terus menyempornakan Perasmian Penangguhan Majlis ini bersempenakan Sambutan Maulidur Rasul SAW. Di majlis itu juga disampaikan Kad Keahlian Pintar AL-MUBARAK kepada ahli-ahli baru yang terdiri daripada para guru dan ibubapa Madrasah Al-Mubarak MBR.

Penyampaian di sempornakan oleh Tn Hj Ab Jamal Tun Hj Sakaran, Pengerusi Program AL-MUBARAK yg juga Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. YB Datuk Hj Tawfiq menyeru agar seluruh AJK Masjid di Sabah malah di Malaysia mencontohi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terhadap kegiatan yg dijalankan dan cara pengurusan yang baik.

Datuk Tawfiq menyampaikan Hadiah-hadiah kepada para pemenang Pertandingan
[1] Peta Ilmu,
[2] Mewarna
[3] Puzzle
[4] Busana Muslim (memeragakankan pakaian muslim).

Majlis tersebut dipenuhi dengan acara yang disusunatur oleh Madrasah Al-Mubarak, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu diketuai oleh Pengetuanya sendiri, Ustaz Hj Parmin Sahlan.

Turut hadi di majlis itu ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Tuan Hj Yahamad Hj Budin, Imam Masjid, Hj Losman Hj Linjal al-Hafiz, Hj Syed Husin HB Omar, Pengurus Masjid merangkap Bendahari Masjid, para guru Madrasah Al-Mubarak MBR dan ibubapa murid. Majlis selesai jam 11.45 pagi.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply