Dun Apas — 03 March 2011
Taklimat Awal Inkuiri Nasional Berhubung Hak Tanah Orang Asal

Tawfiq Titingan – menghadiri Taklimat Awal INKUIRI NASIONAL BERHUBUNG HAK TANAH ORANG ASAL anjuran SUHAKAM di Promenade Hotel, Kota Kinabalu.

Inkuiri Nasional berhubung Hak Tanah Orang Asal ini adalah mekanisme untuk meneliti isu hak-hak asasi Orang Asal atau Indigenous People dalam isu-isu pelanggaran hak tanah adat orang asli(Semenanjung Malaysia), dan Orang Asal ( anak negeri bagi Sabah dan Sarawak) oleh pihak kerajaan atau swasta dan mencari penyelesaian , di mana sesuai, bagi membolehkan Orang Asli/Orang Asal mencapai hak-hak mereka terhadap tanah-tanah adat.

Beberapa siri lawatan akan diadakan oleh SUHAKAM di daerah-daerah tertentu untuk sesi INKUIRI NASIONAL mengenai Hak Tanah Orang Asal yang melibatkan rundingan/perbincangan dengan pihak berkepentingan terutamanya agensi kerajaan,Masyarakat Orang Asal terlibat, NGOs, pihak swasta dan lain-lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda