Dun Apas — 18 April 2011
Majlis Konvokesyen Ke-7 Kolej Komuniti Tawau, Sabah

Merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-7 Kolej Komuniti Tawau, Sabah di Ballroom, Hotel Promenade, Tawau. Seramai 180 graduan sesi Jun 2010 dan sesi Disember 2010 menerima Sijil Tamat Pengajian dalam Bidang Teknologi Elektrik, Sistem Komputer dan Sokongan serta Bidang Automotif.
Kejayaan menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Tawau diharap dapat mendorong para graduan untuk terus berusaha lebih giat lagi dimasa hadapan agar mampu cemerlang dalam dunia pekerjaan, maupun dalam mengejar ilmu pengetahuan diperingkat yang lebih tinggi lagi seperti IPTA atau IPTS.
Kewujudan Kolej Komuniti sebenarnya adalah bukti keperihatinan Kerajaan dalam menyediakan ‘Laluan Alternatif’ kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang semasa menduduki SPM, agar mereka juga mampu menyumbang kearah penyediaan Modal Insan yang terlatih bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia negara.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda