Dun Apas — 09 April 2011
Majlis Pengundian Berkomputer Projek PIA/PIAS Daerah Tawau

Pagi jumaat, melancarkan Majlis Pengundian Berkomputer Projek PIA/PIAS Daerah Tawau di Dewan Sri Tawau. Sebanyak 116 projek-projek kecil dengan nilai keseluruhan RM4,426,000 telah diagih-agihkan secara telus melalui undian berkomputer kepada 116 kontraktor Kelas ‘F’ yang berdaftar di Tawau. Turut hadir dalam acara tersebut termasuklah YB Datuk Hjh Hamisah Samad, ADUN Tg Batu , Pegawai Kemajuan Sabah Hj Matusin Sunsang serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Kontraktor yang berjaya mendapat kerja penyenggaraan dinasihatkan agar melaksanakan kerja mereka sendiri tanpa meng’ali-baba’kan kepada orang lain dan memastikan kerja mereka mematuhi spesifikasi kerja yang ditentukan oleh Kerajaan bagi manafaat optima untuk kesejahteraan rakyat.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply