Dun Apas — 10 April 2011
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Jalan Apas 2011-2012

Pagi sabtu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Jalan Apas untuk sesi 2011-2012.
Ibu-bapa perlu memahami peranan serta tanggung-jawab masing-masing dalam pendidikan anak-anak dan proaktif dalam menunaikan peranan tersebut bagi memastikan penyediaan generasi terdidik yang mampu menggalas cabaran meneruskan kejayaan serta kecemerlangan negara dimasa akan datang. Mereka juga tidak seharusnya menyerahkan tugas membentuk pelajar cemerlang dibahu warga guru semata-mata, tetapi perlu bekerjasama demi kebaikan serta kebajikan anak-anak yang masih dibangku sekolah.
Persatuan Ibu-Bapa dan Guru(PIBG) wajar menjadi fasilitator dalam mewujudkan kerjasama erat antara ibu-bapa , guru dan pengurusan sekolah demi kebaikan dan kebajikan murid serta penambah-baikan prasarana pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda