Dun Apas — 31 May 2011
Expedisi 4X4 Tawau-Kuching-Pontianak 2011

Expedisi Kenderaan 4×4 merentasi 4 wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Barat telah dilancarkan oleh YB Datuk Dr Yee Moh Chai , Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri Sabah. Expedisi yang disertai oleh 20 buah kenderaan pacuan empat roda tersebut akan bermula dari Tawau dan berakhir di Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia. Selain bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim serta budaya antara wilayah, expedisi tersebut juga bekerjasama dengan Agensi Dadah Kebangsaan untuk mengedarkan Risalah Anti-Dadah kepada masyarakat kampung disepanjang laluan expedisi tersebut. Penaja utama bagi program tersebut adalah syarikat petroleum multinasional dari Amerika Syarikat yang berpengkalan di Sarawak iaitu, Murphy Oil Sdn Bhd.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda