Dun Apas — 24 May 2011
Majlis Penyerahan Bantuan Program 1AZAM KPIM Daerah Tawau

Lebih 100 warga Nelayan dan Petani Miskin dari Tawau dan Kalabakan menerima pelbagai bantuan berbentuk subsidi dan pinjaman wang tunai atau peralatan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Program 1 AZAM Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Peringkat Daerah Tawau yang diadakan di Hotel Emas, Tawau. Antara agensi yang terlibat termasuklah Ko-Nelayan yang menyerahkan bantuan pinjaman bersubsidi berupa peralatan perikanan bernilai RM300,000, Yayasan Usaha Maju(YUM) dengan pinjaman wang tunai bernilai RM17,000, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak dengan bantuan projek Itik Penelur bernilai RM75,000, Jabatan Pertanian dengan bantuan Projek Cili Padi Semerah bernilai RM27,900 dan Jabatan Perikanan dengan bantuan Pakej Lengkap Peralatan Perikanan bernilai RM168,000.
Semoga dengan segala bantuan Kerajaan tersebut, mereka-mereka yang dibantu akan dapat meningkatkan pendapatan harian keluarga masing-masing untuk keluar dari had garis kemiskinan dan miskin tegar.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda