Dun Apas — 31 May 2011
Mesyuarat Agung Kali Pertama Koperasi Pengusaha Ikan Bilis Kg Inderasabah Berhad telah resmikan oleh YB datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, ADUN Apas kelmarin. Antara matlamat penubuhan koperasi tersebut adalah untuk menyatukan kesemua pengusaha ikan bilis Kg Inderasabah disamping meningkatka modal serta dana kewangan bersama untuk menerokai industri hiliran bilis serta projek-projek berkaitan. Kewujudan koperasi itu juga mampu menstabilkan harga ikan bilis dan mengelakkan manipulasi harga oleh orang tengah yang merugikan masyarakat pengusaha ikan bilis itu sendiri.