Dun Apas — 22 May 2011
Program Juara Rakyat Bulan NGO dan Swasta

Malam sabtu, menghadiri Program Juara Rakyat UMNO Tawau yang bertemakan “NGO dan Swasta” bertempat di Hotel Promenade, Tawau. Dalam membangunkan negara tercinta, semua pihak wajar memainkan peranan mengikut kemampuan dan kapasiti masing-masing. Peranan NGO/Pihak Swasta tidak kurang pentingnya dalam membantu Kerajaan menerapkan nilai-nilai murni dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan, khususnya Nilai Perpaduan, Budaya Rajin Berusaha dan Berproduktiviti serta Berprestasi Tinggi. Kesemua Nilai ini akan membantu aspirasi menjadikan Malaysia Negara Maju dengan Rakyat Sejahtera menjadi realiti menjelang 2020.
Suasana santai yang penuh keceriaan malam tersebut turut dihiasi persembahan konsert Mini Orkestra Murid-Murid SJK Holy Trinity Tawau yang berbakat, persembahan Tarian Zapin dari Kumpulan Zapin Al-Yamani, Tarian Kebudayaan dari Lembaga Kebudayaan Tawau serta persembahan hiburan dari “The Legend Band”. Saya turut juga menggesek biola untuk 3 lagu medley “A Time For Us”, ‘Bisikan Hati” dan “Fatwa Pujangga” dan mendapat Tajaan RM11,000 dari Syarikat-Syarikat Swasta untuk digunakan bagi keperluan Asrama Desa SK Inderasabah . Asrama tersebut menampung murid-murid miskin dari kg Kuala Sg Balung yang terpaksa mengharungi risiko Laut Sulawesi untuk mendapatkan pendidikan di SK Inderasabah.
Dua buah NGO iaitu Persatuan Khairunnisa Tawau dan Persatuan Belia Rakan IT Tawau menerima sumbangan Dana RM5K masing-masing dari UMNO Tawau untuk pentadbiran dan kegiatan mereka .Seramai 20 nelayan miskin dari luar-bandar Tawau juga menerima bantuan berupa enjin bot untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Penghargaan juga diberikan kepada dua Pegawai Kerajaan yang akan berpindah-tugas ke Kota Kinabalu setelah sekian lama memberikan khidmat cemerlang di Tawau Bumi Peladang. Meraka adalah mantan Penguasa Perikanan Tawau, En Azhar dan Pengurus Penyiaran Tawau Fm En Wan Azhan Wan Mamat. Semoga mereka terus cemerlang dan berjaya dalam tugasan mereka ditahun-tahun mendatang.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda