Dun Apas — 23 May 2011
Program Juara Rakyat “Wanita dan Keluarga”

Selepas menghadiri Persidangan Puteri UMNO Tawau, bergegas pula ke Ladang Borneo Samudera Sg Balung untuk menyertai Wanita UMNO Tawau dalam Program Juara Rakyat bertemakan “Wanita dan Keluarga” . Antara pengisian program termasuklah sukaneka keluarga warga kampung berdekatan, menyampaikan bantuan bakul makanan untuk keluarga miskin, menyampaikan peralatan tilam/bantal baru dari Jabatan Kebajikan dan lain-lain. Pembentukan sebuah negara yang sejahtera memerlukan usaha berterusan kearah membina keluarga sejahtera dalam semua aspek termasuk pendidikan, kerohanian, ekonomi, kesihatan, mental serta fizikal. Setiap unit keluarga itu nantinya akan membentuk masyarakat sejahtera yang mendorong lahirnya negara Malaysia yang sejahtera , maju dan makmur. Tidak dinafikan dalam setiap keluarga, wanita lah memainkan peranan penting dalam mencorak keluarga yang sejahtera…

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda