Dun Apas — 22 May 2011
Program Kenduri Kampung Tawau Fm/Muzik Fm

Pagi sabtu menghadiri Program Kenduri Kampung anjuran Tawau Fm/Muzik Fm di Padang KgTerasing, Andrassy dalam DUN Balung. Lebih 80 Kaunter/ gerai mengambil bahagian termasuk Jabatan/Agensi Kerajaan yg memberi peluang kepada masyarakat kampung untuk mengenali dan beramah-mesra dengan pemimpin serta ketua-ketua jabatan negeri maupun persekutuan.
Antara acara menarik termasuklah Sukan Rakyat anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Jabatan Kesihatan, Kaunter Permohonan Penyertaan dalam Askar Wataniah dan lain-lain. Semua yang hadir juga dijamu hidangan nasi berlauk gulai daging dimasak bersama tempurung kelapa ala Kelantan yg disediakan oleh Persatuan Anak-Anak Kelantan di Tawau dan hidangan lauk lain yg disediakan oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Tawau dengan kerjasama wanita kampung Blok31 dan Andrassy. Malam ini artis-artis Muzik Fm akan menghiburkan warga Tawau di tempat yang sama dan datanglah beramai-ramai selepas solat isyak nanti.
Tahniah kepada Tawau Fm dan juga para Penaja, Khususnya Syarikat MustWin Sdn Bhd atas penganjuran program yang sangat berjaya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda