Dun Apas — 02 May 2011
Program Suara Tawau Untuk 1Malaysia
Ribuan pengunjung membanjiri Dataran MPT untuk menyaksikan Program Suara Tawau Untuk 1Malaysia anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P). Antara aktiviti menarik termasuk Pameran kereta, Motorsikal dan Basikal oleh Kelab-Kelab dan Persatuan Belia di Perbandaran Tawau.
Generasi Muda merupakan pewaris kepimpinan negara dimasa hadapan. Sehubungan itu, mereka bukan sahaja perlu disedarkan tentang peranan mereka bahkan usaha berterusan mesti dijalankan bagi membina kapasiti mereka termasuk dari segi sahsiah, idealisme serta penerapan nilai positif seperti berdaya-saing, berdisiplin, berjiwa besar, berinovatif, kreatif dan memiliki kekuatan dalaman yg mantap.
Tidak kurang pentingnya juga, generasi muda perlu menghayati hakikat kepelbagaian kaum, agama dan adat resam di Negara ini dan menjadikan Kesatuan dalam Kepelbagaian sebagai Tunggak Kekuatan dalam menghadapi cabaran masa-depan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda