Dun Apas — 12 June 2011
Jamuan Makan Tengahari Bersama Menteri Pertahanan Malaysia

Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia hari ini menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama Pemimpin Tempatan Tawau di sebuah Hotel di Tawau. Beliau yang mengadakan lawatan ringkas ke Daerah Tawau bagi meninjau Kesiap-siagaan Pasukan Keselamatan di daerah sempadan turut diiringi oleh Panglima-Panglima Pasukan Tentera Darat, Laut dan Udara Angkatan Bersenjata Malaysia. Beliau memberi jaminan kepada masyarakat di negeri Sabah khususnya di Tawau bahwa Anggota Pasukan Keselamatan akan terus memastikan kedaulatan setiap inci tanah air dan keselamatan rakyatnya terus dipertahankan . Beliau juga berharap hubungan baik serta kerjasama antara Pasukan Keselamatan dengan Pemimpin Masyarakat setempat akan terus dimantapkan dari semasa kesemasa.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply