Dun Apas — 19 June 2011
Majlis Penutupan Program Borneo Challenge 2011 Labuan

Sebanyak 10 IPTA/IPTS dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia menyertai Program Borneo Challenge 2011 bermula 12hb Jun dan berakhir 15hb Jun semalam. Program yang melibatkan seramai lebih 60 siswa/siswi berkayak dari Labuan berulang-alik ke Tanah Besar Sabah selama dua hari berturut-turut berakhir dengan Majlis Penutupan Program yang disempurnakan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Selain aktiviti mencabar berkayak yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental, siswa/siswi yang terlibat juga mengadakan program Khidmat Siswa dengan mengecat Surau di Kg Mempakul, Sabah dan menanam pokok-pokok Bunga di sekitar Gerai Kampung di Kg Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan.
Program Borneo Challenge 2011 adalah Program anjuran Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Pejabat Ahli Parlimen Labuan, Pejabat Ahli Parlimen Beaufort dan Perbadanan Labuan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda