Dun Apas — 12 June 2011
Mesyuarat Agung J/Kuasa Masjid Nurul Awal Kg Sg Apas 2011

Masjid merupakan salah satu institusi penting bukan sahaja bagi menyediakan premis untuk ummat islam melaksanakan ibadah khusus seperti solat berjemaah bahkan masjid wajar dimanafaatkan untuk kesatuan dan kebaikan ummah dengan mengadakan aktiviti keilmuan,dakwah,kemasyarakatan serta kebajikan. Sehubungan itu, pengurusan masjid mesti lebih peka keperluan semasa jemaah dan melaksanakan inisiatif pengurusan masjid dengan kreatif dan inovasi asalkan tidak bertentangan dengan kehendak syar’ie. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Jawatankuasa Masjid Nurul Awal, Kg Sg Apas. Beliau turut mengesa agar Masjid diurus dengan pendekatan mesra generasi muda dan melibatkan mereka secara proaktif dalam sebarang aktiviti masjid agar nilai kecintaan dan kefahaman agama melalui aktiviti masjid akan terserlah. Lebih 100 warga Kg Sg Apas menghadiri mesyurat Agung tersebut yang turut dipantau oleh wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah bahagian Tawau, Ustaz Sobri Sunteh.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply