Dun Apas — 19 June 2011
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu, Negri Sembilan

Ahli-ahli UMNO perlu mengetepikan perbalahan sesama sendiri dan memastikan perpaduan sesama ahli terus dipelihara serta dimantapkan bagi menghadapi cabaran kini dan masa hadapan. Demikian antara sedutan ucapan YAB DSP Hj Musa Hj Aman semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu 2011, Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Jelebu pagi ahad. Beliau juga menambah bahwa pengalaman Sabah yang pernah ditadbir sebuah Kerajaan yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dimana Sabah menjadi tertinggal dalam serba-serbi pembangunan boleh menjadi iktibar kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Kini setelah BN mengambil-alih pentadbiran negeri Sabah, peruntukan pembangunan negeri Sabah merupakan yang ke-2 terbesar selepas negeri Sarawak.
Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bahagian Jelebu merangkap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia serta pemimpin-pemimpin UMNO Sabah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda