Dun Apas — 04 June 2011
Penyampaian Bantuan Projek Kecil Pertanian Parlimen Tawau

Sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau, YB Datuk Tawfiq selaku Ketua UMNO Bahagian Tawau menyampaikan bantuan Projek Kecil Pertanian Parlimen Tawau bernilai RM100,000 kepada seramai 16 orang penerima yang terdiri dari pekebun kecil, penternak dan pengusaha Industri Kecil Sederhana dari kawasan Parlimen Tawau. Bantuan yang disampaikan adalah berbentuk peralatan pertanian, haiwan ternakan kambing, anak-anak itik dan peralatan IKS. Semua penerima dinasihatkan agar memanafaatkan bantuan kerajaan tersebut dengan sebaik-baiknya untuk menjana produktiviti tambahan bagi mensejahterakan keluarga mereka.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda