Dun Apas — 18 July 2011
Aduan Jambatan Rosak Di Batu 3 Jalan Apas, Tawau

Kerjasama masyarakat dalam melaporkan sebarang kerosakan serius kemudahan infrastruktur asas amatlah dialu-alukan. Dengan itu, tindakan segera akan dapat diambil oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini dari berlaku akibat kerosakan tersebut. Seorang warga berbangsa Tionghua dari Batu 3 Jalan Apas telah membuat aduan kepada wakil rakyat Apas mengenai kedaifan jambatan awam yang menjadi keperluan warga setempat . Sebagai tindakan segera, YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan telah mengarahkan Pejabat UPKR Apas untuk membina jambatan kayu yang lebih kukuh sementara menunggu peruntukan pembinaan kalvert kotak konkrit.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda