Dun Apas — 26 July 2011
Isu Persekolahan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen

Mesyuarat Khas Isu Persekolahan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Di Tawau, Sabah telah diadakan di Hotel Promenade pagi selasa. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato Wee Kah Seong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia turut dihadiri wakil-wakil rakyat dari DUN Apas, DUN Merotai, DUN Tg Batu, DUN Sebatik , Ahli Parlimen Tawau, Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, wakil Jabatan Imigresyen, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau/Semporna/Kunak/LD dan Pengetua/Guru Besar sekitar Tawau.
Mesyuarat khas tersebut bersetuju bahwa kanak-kanak yang belum memiliki status atau taraf namun salah seorang ibu atau ayah adalah warganegara Malaysia adalah dibolehkan untuk menikmati hak persekolahan seperti kanak-kanak warganegara Malaysia yang lain sehinggalah keputusan sebaliknya diperolehi dari JPN .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda