Dun Apas — 22 July 2011
Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pendidikan Shell 2011

Seramai 82 pelajar-pelajar cemerlang dari Pantai Timur Negeri Sabah termasuk Tawau, Lahad Datu dan Sandakan menerima Dermasiswa dari Syarikat Multinasional Pengeluar Minyak dan Gas SHELL Malaysia. Anugerah Dermasiswa tersebut disampaikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah.
Dermasiswa Shell merupakan skim bantuan kewangan ( RM750/seorang) kepada pelajar Sekolah Menengah Atas yang cemerlang dan berpotensi dalam segala aspek,termasuk akademik dan ko-kurikulum. Mereka dicalon oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Pada tahun ini SHELL Malaysia menyumbang dermasiswa kepada seramai 160 orang pelajar dari seluruh negeri Sabah sebagai sebahagian Tanggung-jawab Sosial Korporat SHELL dalam bidang pendidikan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda