Dun Apas — 15 July 2011
Majlis Perasmian Sistem Gadaian Islam Ar-rahn

Cawangan pertama Ar-rahn di Sabah telah dilancarkan bertempat Lot No 10, Tingkat Bawah, Blok A, Taipan Inanam, Kota Kinabalu. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YAB DSP Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.
Ar-rahn merupakan premis perkhidmatan Sistem Gadaian Islam milik PBNS Holdings Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah) dengan sistem francais daripada Ar-rahn Permodalan Kelantan Berhad.
Dengan wujudnya Ar-rahn PBNS Holding Sdn Bhd ini maka tertunailah tuntutan Fardhu Kifayah dalam penyediaan kemudahan pinjaman kecil-kecilan secara bercagar kepada masyarakat perniagaan menurut landasan Hukum Syarak yang mengutamakan keadilan,ketelusan , effisien serta mesra pelanggan. Ar-rahn juga terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan adat resam.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda