Dun Apas — 01 July 2011
Pelancaran Kerjasama PETRONAS/YS Untuk Konservasi Imbak Canyon

Kerjasama antara Yayasan Sabah dan PETRONAS terjalin dalam mempastikan kelestarian hutan dara Imbak Canyon seluas 30,000 hektar akan terus terpelihara untuk generasi mendatang. Program menandatangani Memorandum Persefahaman bagi promosi kajian,latihan dan pendidikan mengenai sumber biodiversiti yang terdapat di Imbak Canyon dan memenafaatkannya secara mapan telah dimeterai antara Yayasan Sabah, PETRONAS,Jabatan Hutan Sabah,Jabatan Hidupan Liar,Akademi Sains Malaysia dan Universiti of Kyoto Jepun.
PETRONAS telah menyumbang RM6 Juta geran kepada Yayasan Sabah bagi tujuan konservasi Imbak Canyon selama 3 tahun bermula 2010-2012.
Majlis Penandatangani MOU tersebut disaksikan YB DSP Hj Yahya Hussin, Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang mewakili Ketua Menteri Sabah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda