Dun Apas — 17 July 2011
Perasmian Hotel Shervinton Executive Boutique Tawau

Perkhidmatan Industri Perhotelan dan Hospitaliti yang berkualiti serta memuaskan hati pelanggan merupakan antara ciri-ciri yang mampu meningkatkan kehadiran pelancong domestik maupun antarabangsa di Negeri Sabah,amnya dan Daerah Tawau khususnya. Ketua Menteri Sabah ,YAB Datuk Seri Musa Hj Aman berkata demikian semasa berucap merasmikan Hotel Shervinton Executive Boutique di Tawau pagi tadi. Ucapan beliau disampaikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN Apas.
Hotel 100 bilik tersebut yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk restauran, sauna dan lain-lain telah pun mula beroperasi sejak Oktober 2010.
Turut hadir dalam acara perasmian termasuk YB Datuk Syed Abas Ali ADUN Balung , Tan Sri Liew Yun Fah, dan beberapa tokoh-tokoh perniagaan tempatan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda