Dun Apas — 23 July 2011
Perasmian Jambatan Gantung Kg Sg Apas

Kebimbangan warga Kg Sg Apas yang jambatan dari batang kelapa hasil gotong royong mereka akan hanyut dibawa air bah setiap kali hujan lebat melanda kampung akhirnya berakhir dengan siapnya pembinaan Jambatan Gantung bernilai RM250,000. Perasmian Jambatan Gantung merentangi Sungai Apas di Bt 15 Kg Sg Apas yang memisahkan penduduk Kg Apas di Jalan Bandung dan penduduk seberang Jalan Hj Jaya disempurnakan oleh YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Dalam ucapan perasmiannya, Tawfiq berharap jambatan tersebut akan mampu meringankan beban warga Kg Sg Apas untuk berhubung antara sesama mereka, mengangkut hasil pertanian/kebun dan perjalanan ulang-alik kanak-kanak sekolah yang bersekolah di SK Kg Sg Apas. Sehubungan itu, beliau juga berharap agar warga kampung menghargai pembinaan kemudahan jambatan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah itu dengan menjaganya sebaik mungkin. Turut hadir dalam Majlis Perasmian Jambatan Gantung tersebut ialah Hj Matusin Sungsang, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda