Dun Apas — 23 July 2011
Golongan wanita khususnya surirumah disaran untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Saranan tersebut dibuat oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah semasa merasmikan Pesta Kuih 1Tawau di Pekan Kinabutan, Bt 5 Jalan Apas. Antara bidang perniagaan yang boleh diceburi termasuklah dalam penyediaan kuih-muih, lauk-pauk dan masakan tradisi maupun biskut untuk perayaan seperti Hari Raya. Kerajaan sentiasa bersedia untuk membantu mereka-mereka yang bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan melalui skim pinjaman mikro seperti Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM), TEKUN dan Yayasan Usaha Maju(YUM).