Dun Apas — 24 July 2011
Seminar Gagasan 1Malaysia

Perpaduan rakyat pelbagai kaum,agama dan adat-resam merupakan hasrat dan matlamat akhir yang ingin dicapai menerusi Gagasan 1 Malaysia. Perpaduan rakyat akan melahirkan suasana aman dan harmoni yang amat penting untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyatnya. Demikian antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah semasa merasmikan Seminar Gagasan 1 Malaysia yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan Wilayah Tawau. Turut membentangkan kertas-kerja dalam seminar tersebut ialah Dr Khalid Johari dari UMS dan Mejar(B) Mohd Rashid Mohd Dewa dari BTN. Seramai lebih 200 orang menghadiri seminar itu.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply