Dun Apas — 15 July 2011
Seminar Sehari Menangani Ancaman Islam Liberal

Seminar Sehari Menangani Ancaman Islam Liberal telah diadakan baru-baru ini bertempat di Auditorium Perpustakaan Wilayah Tawau. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Negeri Sabah (JAKIM) itu diresmikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.
Islam Liberal merupakan satu Fahaman Islam Moden dengan acuan Orientalis Barat yang dianggap menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Antara ciri-ciri Islam Liberal termasuk menganut Fahaman Pluralisme Agama, tuntutan hak-sama rata antara Lelaki/Wanita tanpa menurut lunas-lunas Syari’ei (contohnya Wanita boleh mengimami solat dengan jemaah lelaki sebagai Makmum) dan lain-lain lagi.
Seramai lebih 400 peserta yang terdiri dari pemimpin masyarakat, imam-imam , guru-guru KAFA dan orang ramai telah menyertai program tersebut.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda