Dun Apas — 07 August 2011
Majlis Pelancaran Penghayatan Ramadhan Kolej Komuniti Tawau

Majlis Pelancaran Penghayatan Ramadhan Peringkat Kolej Komuniti Tawau 2011 telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas di Hotel Marco Polo Tawau. Dalam ucapannya, Datuk Tawfiq mengalu-alukan usaha KKT untuk menganjurkan program tersebut dalam menyemai hubungan sesama insan termasuk golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadhan Mubarak.Selain persembahan nasyid dari Pelajar SMK Kuhara Tawau, seramai 30 kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Ar-Raudah juga dijamu berbuka puasa dan menerima sumbangan bantuan Hari Raya.
Antara yang turut hadir ialahKetua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPT Major Prof. Madya Kamaruddin Kassim, Pengarah KKT Tn Hj Ahmad Zaini Mohammed, Presiden MPT Ismail Mayakob, Ahli J/Kuasa Penasihat KKT serta warga KKT .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply