Dun Apas — 09 August 2011
Kembara Merdeka Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa Tawau 2011

Konvoi Kembara Merdeka Ramadhan 2011 mengelilingi seluruh Negeri Sabah yang dilancarkan di Kota Kinabalu pada 3hb Ogos tiba di Perbandaran Tawau kelmarin. Konvoi yang melibatkan seramai 90 kakitangan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan 34 kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang telah disambut oleh YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN Apas di perkarangan Masjid Babus-Salam untuk acara Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kg Titingan. Turut menyertai konvoi tersebut termasuklah Abd Razak Hamid selaku Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Ishak Momin Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Datuk Ibrahim Saad Pengarah BTN Sabah, Nurul Akmalina Samsuddin Pengarah JPNIN Sabah dan wakil jabatan serta agensi yang lain.
Antara matlamat program Konvoi Merdeka tersebut termasuklah menyemarakkan lagi semangat Cintakan Negara, menghargai Nikmat Keamanan serta Kemerdekaan Tanah Air, menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang disamping mengeratkan hubungan perpaduan rakyat pelbagai suku-kaum, agama dan adat resam.
Antara pengisian Program termasuklah persembahan Nasyid dari Shoutal-Kaf, penyampaian sumbangan untuk 50 warga emas/OKU/Anak Yatim dan Tazkirah Ramadhan. Anggota konvoi juga turut sama berbuka puasa bersama masyarakat Kg Titingan dan menunaikan Solat Maghrib,Isya dan Terawih secara berjemaah.
Pada keesokan paginya, Konvoi Kembara Merdeka Ramadhan 2011 sekali lagi dilepaskan di Perkarangan Masjid Al-Kausar Tawau untuk perjalanan seterusnya ke Ranau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply