Dun Apas — 11 August 2011
Majlis Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Perlis

DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kg Kinabutan DUN Balung di Masjid Roudhotul Jannah petang semalam. Ketibaan rombongan Raja Muda Perlis ke masjid tersebut disambut YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ADUN Apas, YB Datuk Syed Abas Ali ADUN Balung, Tan Sri Liew Yun Fah , Ismail Mayakob Presiden MPT, Tn Hj Kassim Ibong Pengerusi Masjid Roudhotul Jannah dan warga Kg Kinabutan yang lain. Raja Muda Perlis juga menunaikan Solat Maghrib, Isya dan Sunnat Terawih bersama warga kampung serta berkenan menyampaikan sumbangan kepada beberapa fakir miskin.
DYTM Raja Muda Perlis berada di Sabah dalam rangka kunjungan baginda melawat anggota keselamatan yang sedang bertugas dalam Ops Pasir di Pulau-pulau berhampiran Pekan Semporna dan juga Pulau Layang-Layang. Ini merupakan lawatan kali Ke-7 yang Baginda lakukan dalam bulan Ramadhan setiap tahun.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda