Dun Apas — 19 August 2011
Majlis Berbuka Puasa Kg Batu Payung

Tiga buah Institusi Pendidikan Agama Islam Swasta dan sebuah Rumah Anak Yatim kelmarin menerima sumbangan dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sabah dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Batu Payung, Tawau. Sakolah Agama Rakyat Darul Hikmah(Tg Batu), SAR Yayasan Al-Falah (Hill Top), SAR Wadi Al-Kausar (Balung) dan Rumah Anak Yatim Ar-Raudah masing-masing menerima RM10,000 dari sumbangan zakat BSN yang disampaikan oleh Pengarah BSN Sabah Sulaiman Mohd Noor.
Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Jabatan Penerangan dan Biro Agama UMNO Tawau turut dihadiri ADUN Apas Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan. Bantuan zakat/sumbangan Raya Badan Zakat Sabah/Jabatan Penerangan/UMNO Tawau turut disampaikan kepada seramai 70 fakir miskin/warga emas/OKU/anak yatim dari Kg Batu Payung, KgMembelua dan Kg Tinagat.
Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Cecep Mustapha dari Yayasan Al-Falah. Datuk Tawfiq dan tetamu lain kemudian menyertai warga kampung untuk menunaikan solat Isya serta Sunnat Terawih bersama-sama.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply