Dun Apas — 25 August 2011
Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Bahagian Tawau

Pergerakan Pemuda UMNO Tawau petang tadi mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Pemuda Cawangan bertempat di Hotel Promenade, Tawau. Hadir dalam majlis tersebut termasuk Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap ADUN Apas YB Tawfiq Abu Bakar Titingan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau Ariffin Hj Kassim dan Naib Ketua Pemuda UMNO Tawau Syed Ali Syed Abas. Dalam ucapannya, Datuk Tawfiq menyarankan kepimpinan pelapis agar terus meningkatkan nilai tambah diri masing-masing termasuk dari segi ilmu pengetahuan, kekuatan dalaman, sahsiah serta jati diri. Selain itu, Pemuda juga mesti sentiasa bersatu-padu serta bersiap-siaga menghadapi apa juga cabaran termasuk menangani propaganda pembangkang dalam media alternatif.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda