Dun Apas — 14 August 2011
Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 5

UMNO Zon 5 yang terdiri dari UMNO Bahagian Libaran,Kinabatangan,Sanda​kan,Batu Sapi dan Beluran telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Masjid Daerah Sandakan kelmarin. Majlis yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Beluran itu diserikan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah DSP Musa Hj Aman dan pemimpin-pemimpin kanan UMNO Sabah. Turut hadir termasuk pemimpin-pemimpin BN dari kawasan Sandakan dan juga pemimpin-pemimpin akar-umbi. Penyampaian bantuan zakat/sumbangan untuk asnaf/fakir miskin juga diadakan sebelum waktu berbuka. Kemudiannya DSP Musa menunaikan solat Maghrib, solat Isya dan Sunnat Terawih bersama-sama para jemaah yang lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply