Dun Apas — 09 August 2011
Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 6

Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 6 yang terdiri dari UMNO Bahagian Semporna, Silam, Kalabakan dan Tawau telah diadakan di Masjid Daerah Semporna. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah YAB DSP Musa Hj Aman mengetuai Rombongan EXCO UMNO Sabah termasuk YB DSP Salleh Tun Said selaku Timbalan Pengerusi BPUNS, YB DSP Yahya Hussin( SU BPUNS), Datuk Hajiji Mohd Nor (Bendahari BPUNS), Datuk Masidi Manjun (Pen SU BPUNS) dan Ketua-Ketua UMNO dari seluruh Sabah. Setibanya YAB DSP Musa Aman di Masjid Daerah Semporna, beliau telah disambut oleh YB Dato Seri Mohd Shafie Apdal Ketua UMNO Semporna dan rakan-rakan kepimpinan Zon 6 termasuk YB DSP Ghapur Salleh, YB Datuk Tawfiq , YB Datuk Nasir Tun Sakaran serta pemimpin-pemimpinn tempatan yang lain.
Selain penyampaian sumbangan untuk Fakir-Miskin, Majlis tersebut juga turut menampilkan Penceramah Jemputan Ustaz Farid Ravi Abdullah untuk memberikan Tazkirah Ramadhan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda