Dun Apas — 14 August 2011
Majlis Khatam Al-Quran Kg Titingan

Walaupun Ramadhan baru hari yang Ke-14, namun bagi Wanita Kumpulan Selawat USIA Kg Titingan dibawah pimpinan Hjh Indo Oka ,mereka telah mampu menyelesaikan bacaan Al-Quran 30 Juzuk walau sibuk menyiapkan Juadah berbuka dan tugas-tugas rumah-tanggan lainnya! Pencapaian itu sesungguhnya merupakan suntikan semangat untuk kaum Adam supaya berusaha lebih kuat agar bersama-sama meningkatkan amal-ibadah dibulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Dalam Majlis Khatam Al-Quran yang dihadiri YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan selaku ADUN Apas, acara penyampaian bantuan zakat/sumbangan kepada lebih 140 penerima juga turut diadakan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda