Dun Apas — 18 August 2011
Majlis Khatam Al-Quran UGM Tawau Di Masjid Ubudiyah

Majlis Khatam Al-Quran Unit Gerakan Masjid Perbandaran Tawau berlangsung petang tadi di Masjid Al-Ubudiyah, Kg Jalan Damai Tawau. Program anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan , Biro Agama UMNO Bahagian Tawau dan J/Kuasa Masjid Al-Ubudiyah telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, ADUN Apas. Seramai 20 wakil UGM dari beberapa Masjid sekitar Perbandaran Tawau menyertai program Khatam Al-Quran itu . Di Majlis yang sama turut juga diadakan penyampaian sumbangan serta bantuan kepada seramai 60 penerima yang terdiri dari warga emas/ibu tunggal/OKU/anak yatim. Kesemua sumbangan adalah ehsan beberapa individu dan juga UMNO Tawau.
Selepas Majlis Berbuka dan solat maghrib berjemaah, tazkirah Ramadhan sempena Nuzul Al-Quran turut disampaikan oleh Ustaz Ahmad Malik, seorang Pendakwah yang terkenal di Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda