Dun Apas — 27 August 2011
Majlis Perjumpaan Khas Bersama Pemimpin UMNO P190 Tawau

Satu Majlis Perjumpaan Khas telah diadakan pagi tadi di Auditorium Perpustakaan Wilayah Tawau diantara Pemimpin UMNO Bahagian Tawau dengan pemimpin akar-umbi termasuk ketua-ketua cawangan UMNO, KAN,WKAN,Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dalam Parlimen Tawau. Dalam ucapannya, ADUN Apas merangkap Ketua UMNO Bahagian Tawau menyeru semua pimpinan akar-umbi agar memenafaatkan perayaan Hari Raya Aidil Fitri untuk mengeratkan silaturahim sambil bermaafan sesama sendiri. Pada masa yang sama juga beliau juga mengarahkan pemimpin akar-umbi untuk meningkatkan perkhidmatan mereka terhadap masyarakat seperti yang telah diamanahkan kepada mereka. Turut hadir dalam program tersebut termasuk ADUN Balung merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau YB Datuk Syed Abas Ali, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Tawau Datuk Abd Manan Jakasa dan lain-lain pimpinan kanan UMNO Tawau. Lebih 300 pemimpin akar-umbi yang hadir turut menerima sumbangan “Hamper Hari Raya” dan “Angpau Raya” dari Datuk Tawfiq dan Datuk Syed Abas.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply