Dun Apas — 17 August 2011
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Perbandaran Tawau

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-54 dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Perbandaran Tawau berlangsung secara sederhana tapi meriah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pagi tadi. Majlis tersebut disempurnakan pelancarannya oleh YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas.
Dalam ucapan pelancarannya, Datuk Tawfiq menyeru semua masyarakat menghargai perjuangan dan pengorbanan generasi silam dalam mencapai kemerdekaan negara dengan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kemerdekaan ini terus dipelihara dan dipertahankan agar nikmat kemajuan serta pembangunan dapat juga dikecapi generasi mendatang. Sehubungan itu, beliau juga menyarankan agar rasa kecintaan terhadap negara diterjemahkan oleh semua lapisan masyarakat melalui pengibaran Jalur Gemilang di kediaman masing-masing atau premis perniagaan.
Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk ADUN Tanjung Batu Datuk Hjh Hamisah Samad, Presiden MPT Ismail Mayakub, ketua jabatan negeri dan persekutuan sertra pemimpin-pemimpin akar-umbi. Bendera Jalur Gemilang juga diagih-agihkan kepada orang ramai termasuk kenderaan-kenderaan yang melalui kawasan berhampiran majlis tersebut.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply