Dun Apas — 09 August 2011
Pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kg Titingan

Skim Rondaan Sukarela (SRS) peringkat Kg Titingan telah dilancarkan oleh YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ,Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas. Pelancaran SRS Kg Titingan yang dilakukan selepas Solat Terawih turut dihadiri Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah Puan Nurul Akmalina Samsuddin dan Ketua Polis Daerah Tawau Tuan Ibrahim Chin.
Skim Rondaan Sukarela merupakan inisiatif JPNIN melalui Kawasan Rukun Tetangga KRT untuk membantu pihak Polis dalam memantau keselamatan penduduk dan kampung dari sebarang gejala jenayah dan negatif.
YB Datuk Tawfiq juga turut sama turun padang bagi meronda beberapa penempatan warga Kg Titingan bersama-sama Akmalina , Ibrahim Chin dan anggota SRS Kg Titingan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda