Dun Apas — 28 August 2011
Perjumpaan Khas Bersama Imam Rawatib/Imam Kariah/Guru KAFA

Satu perjumpaan khas diantara Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dengan Imam-Imam Rawatib/Kariah Parlimen Tawau dan Kalabakan telah diadakan di Pejabat JAKIM Bahagian Tawau. Perjumpaan khas tersebut adalah untuk memaklumkan Imam-Imam Rawatib/Kariah bahwa pembatalan tugasan mereka sebagai Guru-Guru KAFA telah pun ditarik-balik oleh pihak berkenaan dan mereka boleh melaksanakan kedua-dua tugas sebagai Imam dan Guru KAFA seperti sediakala. Beberapa orang Imam-Imam yang ditemui berasa lega dengan keputusan tersebut dan mereka mengucapkan terima kasih kepada keperihatinan Kerajaan dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sementara itu, YB Datuk Tawfiq menggesa Imam-Imam Kariah/Rawatib supaya melaksanakan tugas dan tanggung-jawab mereka dengan penuh amanah dan dedikasi dan sewajarnya menjadi pemimpin serta model contoh kepada ahli kariah mereka dari segi akhlak, ilmu, amal dan keperibadian. Beliau juga mahu Imam-Imam terus menjadi teras perpaduan dan kesatuan umat islam diakar-umbi. Turut hadir dalam program tersebut termasuk Ustaz Mohd Amin Nasir dan Ustaz Abd Rahman Saling dari JAKIM Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply