Dun Apas — 25 August 2011
Sumbangan JASA PERIHATIN Tawau

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah juga tidak ketinggalan menabur bakti membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi musim perayaan yang semakin hampir kekemuncaknya. Pada petang rabu, JASA Tawau menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada seramai 40 orang golongan kurang berkemampuan dari DUN Balung, Apas dan Sri Tanjung. Acara yang diadakan di perkarangan Masjid Jalan Saidani turut dihadiri ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Ketua Bahagian PBS Sri Tanjung En Fung, Pegawai JASA Bahagian Tawau Cik Rozaliza Mohd Said , Ketua USIA Bahagian Tawau Tn Hj Salleh Sailabi dan lain-lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda