Dun Apas — 24 August 2011
Taklimat Persiapan PRU UMNO Zon 2

Jentera Pilihanraya UMNO perlu terus dimantapkan dalam menghadapi PRU ke-13 yang akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah DSP Musa Hj Aman berkata demikian semasa menghadiri Taklimat Persiapan PRU UMNO Zon 2 di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Putatan kelmarin. UMNO Zon 2 terdiri dari Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Sepangar. Turut hadir dalam Taklimat yang disampaikan oleh Ketua-Ketua Bahagian UMNO Zon 2 termasuklah Timbalan Pengerusi BPUNS YB DSP Salleh Tun Said dan barisan kepimpinan kanan UMNO Sabah.
YAB DSP Musa yang berpuas-hati dengan persiapan Jentera PRU UMNO Zon 2 turut menegaskan bahwa Perpaduan dalaman Parti merupakan faktor penting dalam memastikan kejayaan dalam PRU yang akan datang dan dengan itu beliau mahu sebarang permasaalahan dalaman mestilah segera diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply