Dun Apas — 28 September 2011
Hari Potensi TABIKA KEMAS Parlimen Tawau 2011

Sebanyak 13 TABIKA KEMAS dalam Parlimen P190 Tawau menyertai Hari Potensi TABIKA KEMAS Parlimen Tawau yang berlangsung pagi selasa di Padang Stadium Lama Tawau. ADUN Apas yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merasmikan program tersebut. Beberapa acara pertandingan diadakan bagi menggilap bakat kanak-kanak TABIKA KEMAS disamping membudayakan persaingan sihat bagi memastika generasi masa depan memiliki Nilai Daya Saing yang tinggi. Datuk Tawfiq juga menasihatkan agar ibu-bapa memastikan anak-anak mereka diberikan sepenuh kasih-sayang serta di terapkan nilai-nilai murni untuk masa depan mereka termasuk untuk kesinambungan keamanan Negara yakni Nilai Perpaduan dalam kepelbagaian bangsa, agama serta adat-resam.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply